BERITA TERGEMPAR   Tanah jerlus: JKM akan beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa - Dr Zaliha | 
 SUKAN

BAM Setuju Lepaskan Sze Fei-Nur Izzudin 1 Sept

24/08/2024 04:21 PM

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bersetuju untuk melepaskan beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani yang membuat keputusan meninggalkan badan induk sukan itu bermula 1 Sept ini.  

Setiausaha Agong Datuk Kenny Goh berkata BAM menghormati keputusan gandingan di kedudukan ke-12 dunia itu untuk meneruskan karier selaku pemain profesional selepas ini.

"Saya pasti anda telah tahu mereka meminta untuk bergerak secara bebas.

“Jadi selepas perbincangan, kami memahami dan menghormati keputusan mereka untuk meneruskan kerjaya secara profesional dan kami telah bersetuju untuk melepaskan mereka pada 1 Sept,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Ahli Majlis BAM di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini hari ini. 

Terdahulu, media melaporkan Sze Fei dan Nur Izzuddin berhasrat untuk meninggalkan BAM dan meneruskan karier sebagai pemain profesional.

Sze Fei dan Nur Izzuddin sebelum ini berpisah pada Januari tahun lepas sebelum disatukan semula enam bulan kemudian.

Pasangan itu hari ini berjaya meloloskan diri untuk ke final Terbuka Jepun 2024 selepas mengecewakan pasangan Indonesia Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana 21-19, 21-17 pada aksi separuh akhir di Arena Yokohama sebentar tadi. 

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan