AM

Kerjasama Malaysia, Brunei Saling Menguntungkan Kedua-dua Negara - Hajiji

26/08/2024 06:22 PM

KOTA KINABALU, 26 Ogos (Bernama) -- Kerjasama Malaysia dan Brunei yang berjaya ditingkatkan menerusi Rundingan Kerjasama Pemimpin Tahunan Ke-25 dilihat saling menguntungkan buat kedua-dua negara, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji berkata rundingan itu juga membolehkan kedua-dua negara meneruskan dan mengukuhkan kerjasama meluas, juga memberi manfaat besar untuk hubungan antara Sabah dan Brunei.

“Ini menjadi petanda baik untuk penyatuan kerjasama yang saling menguntungkan dan menang-menang antara Malaysia dan Brunei.

“Selain meneroka peluang baharu untuk manfaat bersama, kemajuan kerjasama dua hala sedia ada turut dibincangkan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Hajiji mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir ke rundingan itu yang berlangsung hari ini di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei.

Terdahulu Perdana Menteri menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan mengadakan pertemuan empat mata di istana tersebut.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan