AM

4Fingers Rai Kecemerlangan Dengan memperoleh pensijilan Halal

27/08/2024 07:14 PM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- 4Fingers Crispy Chicken Malaysia (4Fingers) mengumumkan pencapaian penting yang menyaksikan lebih 90 peratus restorannya di seluruh Malaysia memperoleh sijil halal.

Pengerusi Jawatankuasa Halal 4Fingers Zarina Mohamad Saad dalam satu kenyataan berkata sejak berada di pasaran Malaysia, pihak syarikat senantiasa mengutamakan penyediaan ayam secara halal dan berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan pelanggan terutama yang beragama Islam.

“Sempena meraikan 10 tahun menyajikan ayam goreng rangup yang lazat kepada rakyat Malaysia, pencapaian memperoleh pensijilan halal JAKIM kekal sebagai teras misi kami. Kepatuhan kami kepada piawaian halal menunjukkan dedikasi terhadap keterangkuman dan kualiti yang tiada tandingan, memastikan produk memenuhi keperluan ketat ditetapkan JAKIM,” katanya.

Zarina berkata jenama itu bekerjasama rapat dengan bahagian hab halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memastikan setiap elemen penyediaan makanan bermula dari segi penyumberan bahan sehingga memasak benar-benar mematuhi piawaian halal. 

Pensijilan halal ini memastikan semua menu 4Fingers termasuk wingettes dan drumettes disediakan mengikut piawaian kebersihan dan berkualiti tertinggi sekali gus memberikan pelanggan keyakinan terhadap integriti serta keselamatan hidangan. 

Menurut kenyataan itu, 4Fingers akan terus memperluas kehadirannya di seluruh Malaysia dengan dilengkapi sijil halal bertujuan merevolusikan hidangan dengan tawaran yang inovatif dan berkualiti tinggi.

Zarina berkata jenama itu juga terus komited bagi memberikan cita rasa yang memuaskan kepada pelanggan dengan hidangan baharu Ayam Rendang yang ditawarkan untuk masa terhad bersama pelbagai lagi menu menarik. 

"Di 4Fingers, visi kami adalah untuk terus memberikan pengalaman luar biasa sambil mengekalkan nilai teras kami iaitu kualiti dan kepercayaan.

"Kami sentiasa komited menyediakan ayam goreng rangup yang asli dan halal serta mengembangkan kehadiran kami di seluruh Malaysia dan setia menemani pelanggan setiap kali mengidamkan ayam goreng rangup kegemaran mereka," katanya.

-- BERNAMA

Penafian: Ini adalah artikel berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel berkenaan.


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan