JENAYAH & MAHKAMAH

SPRM Tahan Ahli Lembaga Pengarah Disyaki Kemuka Butir Matan Palsu RM500,000

27/08/2024 11:56 PM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menahan seorang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat berkaitan pertanian, yang disyaki mengemukakan dokumen palsu untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan berjumlah kira-kira RM500,000.

Menurut sumber individu bergelar Datuk berusia lingkungan 40-an, ditahan kira-kira 4.30 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

“Suspek dipercayai melakukan kesalahan tersebut sekitar awal tahun 2020 bagi mendapatkan kemudahan pembiayaan berjumlah kira-kira RM500,000 daripada sebuah bank pertanian, bagi tujuan  membiayai kos tetap dan operasi penanaman ubi kayu dan pisang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan individu itu dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas diambil keterangan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan