DUNIA

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

30/08/2024 11:19 AM

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah pagi ini walaupun prestasi kadar asas pasaran tunai lebih baik.

Sehingga 9.30 pagi, niaga hadapan Ogos 2024 merosot 2.5 mata kepada 1,655.5, September 2024 dan Disember 2024, masing-masing berkurangan 3.5 mata kepada 1,634.5 dan 1,641.0 serta Mac 2024 susut 2.0 mata kepada 1,628.5.

Jumlah dagangan sebanyak 4,737 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 55,570 kontrak.

Pada 9.40 pagi, FBM KLCI naik 6.31 mata kepada 1,659.86 daripada 1,653.55 pada Khamis.

-- BERNAMA  


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan