DUNIA

Bursa Malaysia Meningkat Semula Disokong Minat Belian Baharu

30/08/2024 11:26 AM

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal hari ini, disokong oleh minat belian baharu walaupun prestasi Wall Street semalaman bercampur-campur.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 7.39 mata atau 0.44 peratus kepada 1,660.94 daripada 1,653.55 semalam.

Indeks dibuka rendah 4.93 mata kepada 1,658.48.

Pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 201 berbanding 157, dengan 231 kaunter tidak berubah, 1,901 tidak diniagakan dan 80 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 128.62 juta unit bernilai RM86.01 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI meningkat hampir kepada paras 1,650 semalam berikutan kehadiran lebih ramai penjual selepas seminggu belian saham yang berterusan.

“Kami melihat pembetulan ini sebagai sesuatu yang baik membolehkan pasaran meneliti aktiviti belian yang terkini.

“Bagi hari ini, kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,650 hingga 1,660 berikutan pendapatan daripada syarikat korporat Malaysia dilihat baik setakat ini, terutamanya daripada syarikat permodalan besar yang akan mendorong semakan semula pertumbuhan pendapatan keseluruhan bagi tahun 2024,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM10.72, CIMB menambah lima sen kepada RM8.05, Tenaga melonjak 24 sen kepada RM14.18 dan IHH meningkat dua sen kepada RM6.31.

Sebaliknya, Public Bank tidak berubah pada RM4.70.

Bagi kaunter aktif, Luster Industries dan Aimflex, masing-masing tidak berubah pada tujuh sen dan 18.5 sen manakala Velesto, Barakah dan Notion, masing-masing naik setengah sen kepada 21.5 sen, 7.5 sen dan 94 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 39.25 mata kepada 12,339.45, Indeks FBMT 100 menambah 40.17 mata kepada 12,046.04 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 38.41 mata kepada 12,162.38.

Indeks FBM 70 naik 6.86 mata kepada 17,196.73 manakala Indeks FBM ACE merosot 0.58 mata kepada 5,080.50.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 19.99 mata kepada 7,307.03 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 49.85 mata kepada 19,525.45. 

Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.38 mata kepada 180.08 manakala Indeks Tenaga menambah 6.32 mata kepada 919.78.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan