JENAYAH & MAHKAMAH

Tiga Lelaki Pukul Warga Asing Ditahan

03/09/2024 09:00 PM

GEORGE TOWN, 3 Sept (Bernama) -- Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan membabitkan mangsa warga asing di sebuah pusat hiburan di Bay Avenue, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata tiga lelaki tempatan berusia 29 hingga 30 tahun itu ditahan dalam Ops Cantas oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya.

"Polis menerima laporan berhubung kejadian itu dari seorang lelaki warga asing yang mendakwa semasa dia berada di pusat hiburan itu, sekumpulan lelaki telah datang lalu memukulnya menggunakan botol kaca.

"Akibat daripada kejadian itu, mangsa  mengalami luka di bahagian kepala, tangan dan kaki, malah dia juga mendapati duitnya sebanyak RM2,000 turut hilang disyaki telah diambil semasa sedang bergelut dengan suspek," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata siasatan lanjut dan punca kejadian itu masih dalam siasatan.

Tiga lelaki itu direman bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan, katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan