EKONOMI

Pelabur Asing Beli Bersih Ekuiti RM798.3 Juta Minggu Lepas - MIDF Amanah 

09/09/2024 12:02 PM

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Pelabur asing membeli bersih ekuiti bernilai RM798.3 juta di Malaysia bagi minggu keempat berturut-turut, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).

Menerusi laporan aliran dana untuk minggu berakhir 6 Sept, 2024, MIDF menjelaskan pelabur asing membeli bersih setiap hari minggu lepas, dengan aliran masuk terbesar berlaku pada Rabu bernilai RM286 juta.

Tiga sektor teratas yang mencatatkan aliran masuk asing bersih tertinggi adalah perkhidmatan kewangan pada RM743.2 juta, utiliti (RM405.1 juta) dan penjagaan kesihatan (RM113.6 juta).

“Mereka menjual bersih dalam produk dan perkhidmatan pengguna (-RM193.8 juta), produk dan perkhidmatan perindustrian (-RM116 juta) dan teknologi (-RM68.4 juta),” tambah bank pelaburan itu.

Sementara itu, institusi tempatan menjual bersih ekuiti bernilai RM960.5 juta minggu lepas, manakala peruncit tempatan menjadi pembeli bersih dengan nilai RM162.2 juta.

“Jumlah dagangan harian purata susut dalam kalangan peruncit tempatan (-14.6 peratus), institusi tempatan (-18.3 peratus) dan pelabur asing (-35.8 peratus),” jelas MIDF Amanah.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan