BEIJING, 10 Sept (Bernama-CMG) -- Presiden China Xi Jinping mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada golongan pengajar di seluruh negara, ketika berucap pada Persidangan Pendidikan Kebangsaan yang diadakan di Beijing dari 9 hingga 10 Sept.
Hari ini, tanggal 10 Sept menandakan Hari Guru ke-40 di China.
Xi menyatakan bahawa menghormati guru dan mementingkan pendidikan adalah tradisi cemerlang yang diwariskan bangsa China sejak zaman dahulu.
Xi mahu pihak-pihak berkaitan meningkatkan status golongan pengajar dari aspek politik, sosial dan profesion, menambah baik jaminan dan gaji mereka, dan meningkatkan piawaian elaun bagi guru di sekolah rendah dan menengah.
Di samping itu, menurut Xi, usaha juga harus dilakukan untuk melaksanakan dan menambah baik dasar elaun kehidupan untuk guru di luar bandar, dan mempromosikan pembaharuan sistem gaji bagi kakitangan di institusi pengajian tinggi (IPT).
Sementara itu, Xi menyeru seluruh masyarakat untuk memupuk kesedaran menghormati guru, melindungi hak dan kepentingan sah mereka, mengurangkan beban kerja bukan pendidikan dan pengajaran guru, dan melakukan kerja persaraan guru dengan baik.
Meningkatkan pemilihan dan penganugerahan guru cemerlang supaya menjadikan guru antara profesion yang paling dihormati masyarakat, tambah Xi.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial