DUNIA

Lebih 552,000 Kanak-kanak Di Gaza Terima Dos Pertama Vaksin Polio - WHO

13/09/2024 10:52 AM

GENEVA, 13 Sept (Bernama-dpa) -- Kempen vaksinasi polio pusingan pertama di Semenanjung Gaza kini hampir selesai dengan lebih 552,000 kanak-kanak menerima dos pertama vaksin itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis

Sambutan terhadap kempen ini amat menggalakkan dan ibu bapa berusaha sedaya upaya memastikan anak mereka tidak terlepas daripada menerima vaksin, kata wakil WHO Richard Peeperkorn menerusi panggilan video dari Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kempen itu dijangka selesai pada Khamis.

Kanak-kanak di Gaza dijadualkan menerima dos kedua vaksin itu menerusi kempen seterusnya yang dijangka bermula dalam tempoh empat minggu.

Kempen ini dijalankan selepas tiga kes polio dikesan di zon konflik yang padat dengan penduduk pada Julai lalu.

Kes polio pertama dalam tempoh 25 tahun baru-baru ini dikesan di Semenanjung Gaza.

Pakar kesihatan bimbang wabak polio mungkin berlaku susulan ratusan ribu orang yang hilang tempat tinggal terpaksa hidup dalam keadaan yang sesak.

Lebih 90 peratus kanak-kanak perlu divaksinasi untuk mencegah penularan polio, yang boleh menyebabkan lumpuh, menurut angka WHO.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan