DUNIA

China, Iran Sepakat Promosi Pelaksanaan Pelan Kerjasama Komprehensif

13/09/2024 02:36 PM

SAINT PETERSBURG, 13 Sept (Bernama-CMG) -- China dan Iran bersetuju untuk mengukuhkan hubungan dua hala di samping mempromosikan pelaksanaan pelan kerjasama komprehensif.

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China Wang Yi mencapai persepakatan itu dengan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran Ali Akbar Ahmadian semasa pertemuan di sini, pada Khamis.

Wang berkata pihak China memuji pendirian kerajaan baharu Iran untuk mengekalkan persahabatan dan mengukuhkan hubungan baik dengan China.

"China bersedia berganding bahu dengan Iran untuk mendorong hubungan dua hala maju ke hadapan demi memberikan lebih banyak kesejahteraan kepada rakyat," kata Wang.

Berbicara mengenai permuafakatan signifikan yang dicapai antara Iran dengan Arab Saudi di Beijing pada tahun lalu, Wang Yi menyatakan bahawa China menyokong Iran merungkai perselisihan pendapat dengan negara lain melalui dialog.

"China menyokong Iran mengekalkan trend permuafakatan yang tidak mudah dicapai itu, agar mengeluarkan isyarat positif demi keamanan dan kestabilan serantau," kata Wang.

Ali Akbar Ahmadian pula berkata kerajaan baharu Iran komited untuk mengeratkan persabahatan dengan China, dan bersedia bersama China untuk memperkasakan pelaksanaan pelan kerjasama komprehensif kedua-dua negara.

"Iran ingin meluaskan kerjasama dengan China dalam ekonomi dan perdagangan, pelaburan, teknologi digital, kebudayaan, pelancongan dan lain-lain," ujar beliau.

Selain itu, kedua-dua pihak juga sempat bertukar-tukar pendapat mengenai situasi di Gaza.

Mereka bersetuju bahawa langkah paling mendesak pada masa ini adalah mendorong gencatan senjata berkekalan dan pengunduran tentera secara menyeluruh, menyambungkan semula "Penyelesaian Dua Negara" secepat mungkin, sehingga merealisasikan "Palestin dimiliki, diterajui dan ditadbir rakyat Palestin".

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan