AM

Sultan Selangor, Raja Permaisuri Zahir Ucapan Maulidur Rasul

15/09/2024 09:52 PM

SHAH ALAM, 15 Sept (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan ucapan selamat menyambut Maulidur Rasul 1446H kepada seluruh umat Islam khususnya di negeri ini. 

Ucapan berkenaan dimuat naik menerusi hantaran Facebook Selangor Royal Office.

Sultan Sharafuddin turut menyeru seluruh umat Islam agar terus menguatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan mengamalkan sunah-sunah baginda.

Untuk mencintai Rasulullah SAW, Sultan Selangor bertitah bahawa umat Islam perlu mengenali keperibadian dan sirah perjuangan Rasulullah SAW.

“Mencintai Rasulullah SAW wajar dimulai dengan menjadikan baginda sebagai suri teladan dalam setiap aspek kehidupan, mengakui kebenaran yang dibawa, mengkaji kehebatan serta mengagungkan kemuliaan dan kebesaran Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah SWT.

“Mencintai dan mengasihi Rasulullah SAW bukan semata-mata mengingati kelahiran baginda pada 12 Rabiul Awal sahaja, ia hendaklah disematkan di dalam jiwa dan setiap detik nadi yang berdenyut,” titah Sultan Sharafuddin.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan