AM

Agong Dipersembahkan Laporan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Dan Negeri-Negeri

18/09/2024 11:37 AM

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dipersembahkan laporan penyata kewangan Kerajaan Persekutuan dan Negeri-Negeri bagi tahun 2023 sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi akan datang.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, laporan berkenaan dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda oleh Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

Sesi menghadap bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara di sini hari ini.

Belanjawan 2025 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 18 Okt ini bertemakan “Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera”.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan