SUKAN

Beberapa Jalan Di Pekan Kuala Kubu Bharu Ditutup Sempena LTdL 2024

30/09/2024 06:20 PM

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Beberapa jalan utama sekitar pekan Kuala Kubu Bharu dekat sini akan ditutup sepenuhnya mulai malam esok sehingga Rabu bagi memberi laluan kepada Peringkat Keempat perlumbaan Le Tour de Langkawi  (LTdL) 2024.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata penutupan jalan akan bermula 9 malam esok (1 Okt) sehingga 1 petang pada Rabu (2 Okt) membabitkan lokasi pelepasan di pekan Kuala Kubu Bharu-Jalan Kamaruddin-Jalan Raja Muda Jaafar-Jalan Rasathurai-Jalan Mat Kilau-Jalan Merdeka-Simpang Jalan Masjid Kuala Kubu Bharu-Jalan Abdul Hamid-Simpang Tiga Kampung Napi-Simpang Lampu Isyarat Dataran KKB-Jalan Pahang. 

“Penutupan jalan ini akan dikawal oleh pihak polis dan anggota Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bagi memastikan aliran trafik berjalan dengan lancar semasa acara berlangsung. 

“Pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan ataupun keluar lebih awal ke destinasi supaya tidak tersekat semasa penutupan jalan dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan