AM

Mural 3D Tampilkan Ikon Warisan Sejarah Hiasi Bandar Taiping

30/09/2024 07:22 PM

IPOH, 30 Sept (Bernama) -- Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dengan kerjasama Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Malaysia Bahagian Negeri Perak menghasilkan beberapa lukisan mural 3D yang antaranya menggambarkan gabungan ikon warisan sejarah bandar itu. 

Yang Dipertua MPT Khairul Amir Mohamad Zubir berkata antara lokasi yang dipilih ialah di Zoo Taiping & Night Safari dengan enam lukisan mural iaitu harimau belang, memerang, zirafah, buaya, ular, dan titi gantung.

“Di Jalan Syed Burhan pula terdapat mural Antong sepanjang 100 meter dan tinggi 6.38 meter melibatkan lakaran proses penghasilan Kopi Antong yang dilakukan secara tradisional.

“Seterusnya ialah mural Selamat Datang Ke Bandar Taiping yang berukuran 34.7 meter lebar dan 16.15 meter tinggi menggambarkan gabungan ikon warisan sejarah Taiping serta pelbagai aktiviti luar yang boleh dinikmati di bandar ini,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Jejak Warisan Sejarah Bandar Taiping di Zoo Taiping & Night Safari di sini hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Malaysia Bahagian Negeri Perak, Razali Awang Md Noor.

Beliau berkata setiap mural ini memberikan ilusi 3D yang membolehkan pengunjung bergambar dengan lebih santai seterusnya mampu menarik minat lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara untuk menikmati keunikan bandar Taiping.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan