AM

GISBH: KPT Akan Bertindak Selepas Dapat Laporan Penuh - Zambry

01/10/2024 06:19 PM

SHAH ALAM, 1 Okt (Bernama) -- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mempertimbang sebarang keperluan atau tindakan berhubung isu GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) selepas mendapat laporan penuh daripada pasukan khas yang menyiasat kes itu.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata setakat ini pihaknya belum mendapat laporan lengkap sama ada pensyarah atau pelajar di peringkat universiti awam terlibat atau dikaitkan dalam isu itu.

“Namun yang paling mustahak adalah keadaan yang berlaku kepada mereka itu sekarang ini  ditangani oleh pihak berkuasa melalui satu pasukan petugas yang telah dibentuk.

“Jadi biarlah komentar mengenai mereka ini dilakukan melalui pasukan petugas berkenaan dan sekiranya ada keperluan penglibatan KPT, kita akan menyalurkan bantuan,” katanya selepas perasmian Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan 2024 di Universiti Teknologi MARA di sini hari ini.

Pada awal September lepas, Polis Diraja Malaysia melancarkan Op Global dan telah menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung Malaysia yang dikaitkan dengan GISBH kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.

Serbuan itu menyaksikan sejumlah 572 mangsa berjaya diselamatkan dan membawa kepada penahanan 359 pengikut GISBH termasuk pihak pengurusan tertinggi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan