JOHOR BAHRU, 3 Okt (Bernama) -- Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, pada Selasa lepas.
Perkara itu dikongsi menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Tunku Mahkota Ismail dengan beberapa foto turut dikongsi di platform media sosial tersebut.
Pada pertemuan itu, Tunku Mahkota Ismail dan Sultan Sharafuddin berkongsi pendapat mengenai perpaduan dalam kalangan rakyat, profesionalisme di Malaysia dan kepentingan penyatuan Institusi Diraja untuk berkhidmat sebagai sebuah simbol negara.
Turut dibincangkan adalah perkara berkaitan bola sepak khususnya baginda dan Sultan Sharafuddin bersetuju bahawa semua pihak perlu memastikan perseteruan bola sepak kekal di dalam padang sahaja, dan wujudnya perasaan saling hormat-menghormati serta perpaduan di luar padang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial