AM

MBPP Arah Tiga Premis Makanan Ditutup, Ada Najis Tikus

03/10/2024 09:23 PM

GEORGE TOWN, 3 Okt (Bernama) -- Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan tiga premis makanan ditutup serta merta ekoran penemuan najis tikus di bahagian dapur dalam pemeriksaan dijalankan di sekitar George Town semalam.

MBPP memaklumkan tiga premis makanan itu diarah tutup selama 14 hari bermula semalam. 

"Jabatan Pelesenan MBPP mengadakan Operasi Kebersihan ke atas premis makanan di bandar raya itu dan pemeriksaan meliputi ruang penyimpanan bahan mentah, perkakas dapur, peti sejuk, perangkap minyak  dan sebagainya.

"MBPP turut mengeluarkan tiga Notis Tawaran Kompaun (NTK) kerana pelbagai kesalahan antaranya perangkap minyak tidak diselenggara dengan baik, meletakkan makanan mentah kurang dari 20 sentimer dari paras lantai serta tidak dapat kemukakan pemeriksaan doktor," menurut MBPP menerusi hantaran di Facebook hari ini.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan