IPOH, 3 Okt (Bernama) -- Pasangan orang kurang upaya (OKU) warga emas diselamatkan pasukan bomba selepas kediaman mereka dinaiki air di Kampung Salak Baru, dekat Trong hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 4.52 petang.
Beliau berkata enam anggota dengan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Mangsa melibatkan pasangan suami isteri berusia 75 dan 52 tahun terperangkap dalam banjir selepas rumah mereka dinaiki air dengan kedalaman 0.7 meter.
"Bomba bertindak menjalankan operasi menyelamat dengan membawa kedua-dua mangsa keluar dari lokasi kejadian," katanya.
Menurutnya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk dipindahkan ke rumah saudara dan operasi ditamatkan pada 5.21 petang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial