ISLAMABAD, 3 Okt (Bernama-APP) -- Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif pada Khamis menyatakan kegembiraannya atas perbincangan produktif yang diadakan bersama Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertujuan untuk mengukuhkan hubungan Pakistan-Malaysia dalam bidang-bidang utama.
Bidang-bidang utama berkenaan termasuk perdagangan, teknologi maklumat (IT), tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan, dan pertahanan, lapor Associated Press of Pakistan (APP).
Dalam hantaran media sosialnya di X, Perdana Menteri berkata beliau membincangkan perkembangan serantau dan global, khususnya situasi di Gaza dan Lubnan dengan rakan sejawatnya dari Malaysia.
Kedua-dua perdana menteri turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman dan perjanjian bersejarah merangkumi pelbagai sektor.
Beliau berkata hubungan dua hala akan diperkukuh untuk manfaat bersama kedua-dua negara, dengan kedua-dua pihak bersetuju untuk memastikan tindakan susulan yang kukuh terhadap keputusan yang dicapai semasa perbincangan.
Shehbaz mengucapkan terima kasih kepada Anwar kerana mengundang beliau untuk melawat Malaysia,
--BERNAMA-APP
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial