DUNIA

Sangat Gembira Sambut Rakan Lama, Kata Prof Yunus

04/10/2024 08:36 PM

DHAKA, 4 Okt (Bernama-UNB) -- Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh  Profesor Muhammad Yunus mengadakan pertemuan singkat dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di Lapangan Terbang Hazrat Shahjalal pada Jumaat, lapor United News of Bangladesh (UNB).

Prof Yunus berkata beliau "sangat gembira" menyambut rakan lamanya di Dhaka.

Yunus turut bercakap ringkas mengenai revolusi yang dipimpin pelajar, pengorbanan yang dilakukan oleh pelajar dan rakyat, serta pembunuhan beramai-ramai  yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

Ketua Penasihat itu juga berkongsi mengenai hubungan jangka panjang beliau dengan universiti-universiti Malaysia dan pemimpin-pemimpinnya.

Mereka menaiki kereta yang sama untuk menuju ke lokasi mesyuarat dua hala - sebagai tanda keakraban persahabatan mereka.

Perdana Menteri Malaysia tiba di Dhaka kira-kira pukul 2.00 petang pada Jumaat untuk lawatan singkat.

-- BERNAMA-UNB

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan