KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Watsons Malaysia menganjurkan acara kecantikan dan kesihatan terbesar tahun ini, Pameran Kecantikan & Kesihatan Beautopia 2024 di Pusat Pameran Pavilion Bukit Jalil pada 3 hingga 6 Okt ini.
Acara unik empat hari itu menawarkan perjalanan imersif menerusi lebih 95 jenama kesihatan dan kecantikan global, dengan pelbagai hadiah menarik, penampilan selebriti dan inovasi kecantikan.
“Ia bukan sekadar ekspo, ia meraikan kemampuan kecantikan dan kesejahteraan dalam melakukan transformasi, sekali gus menjadi ‘syurga’ penjagaan diri terunggul bagi seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira umur dan gaya.
“Sama ada anda gemarkan penjagaan kulit, kosmetik atau kesihatan holistik, Beautopia 2024 ialah destinasi anda untuk mendapatkan trend terkini, pandangan pakar dan inspirasi,” menurut Watsons dalam kenyataan hari ini.
Beautopia Expo 2024 turut menyediakan bahagian-bahagian dengan tema tertentu bagi memberikan pengalaman lebih menarik kepada pengunjung termasuk ‘Western Wonder Beauty’ yang akan mempamerkan inovasi termoden dari Barat manakala ‘Southeast Asia Splendor’ meraikan kekayaan tradisi kecantikan di rantau ini.
Selain itu, ‘Far East Glow’ bakal mengetengahkan amalan kecantikan turun-temurun dari Timur Jauh serta pengunjung berpeluang meneroka kepelbagaian rangkaian jenama kecantikan dari negara seperti Indonesia, Korea, Jepun, China, Thailand, negara-negara Barat serta jenama tempatan Malaysia.
Di Watsons Beautopia 2024, turut dirangka siri sesi temu dan sapa termasuk pertemuan dengan ikon Malaysia Datuk Siti Nurhaliza dan selebriti lain yang juga Duta Watsons Ayda Jebat dan Phei Yong serta Scha Alyahya, Hanpin, Tasnim Shah dan legenda skuasy negara Datuk Nicol Ann David.
Sementara itu, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Pegawai Operasi, Health & Beauty Asia, A.S. Watson Group Caryn Loh dalam kenyataan sama berkata ekspo tersebut merupakan acara besar-besaran pertama Watsons Malaysia dan pihaknya sangat teruja.
“Matlamat kami adalah menyajikan satu pengalaman yang hebat kepada pelanggan dan ahli, dengan tawaran barangan kecantikan dan peluang pertemuan unik. Kami mahu pengunjung teruja dengan kepelbagaian jenama dan produk yang ditawarkan,” katanya.
Loh berkata Beautopia 2024 menampilkan penjagaan kulit dan kosmetik daripada penjagaan kesihatan dan penjagaan diri, setiap daripada 95 jenama yang menyertai ekspo akan menawarkan sesuatu yang istimewa untuk pengunjung termasuk hadiah percuma eksklusif, sampel dan demonstrasi produk
“Bagi mereka yang suka menjadi ‘yang pertama tahu’, ekspo ini akan mengetengahkan produk baharu dilancarkan sekali gus memberi peluang untuk mencuba dan mendapatkan produk ini sebelum ia memasuki pasaran.
“Pengunjung juga akan memperoleh pandangan berharga pakar kecantikan menerusi demonstrasi produk dan petua rahsia sambil berpeluang memenangi lebih banyak hadiah hebat,” katanya.
Antara sorotan utama Beautopia 2024 ialah barangan edisi terhad KAKAO FRIENDS. Pengunjung yang berbelanja RM100 dan ke atas pada acara itu boleh menebus aksesori bergaya dan mesra perjalanan KAKAO,
Watsons Malaysia turut teruja dapat bekerjasama dengan KKday, menawarkan 300 hadiah perjalanan bagi ahli Kelab Watsons bulan ini.
Bermula 2 hingga 28 Okt ini, ahli boleh menyertai dengan berbelanja RM30 atau lebih di kedai, secara dalam talian, atau di mana-mana acara termasuk Pameran Kecantikan & Kesihatan Beautopia 2024. Ahlberpeluang bagi peluang memenangi baucar perjalanan eksklusif KKday dan hadiah menarik lain.
Untuk maklumat lanjut mengenai Pameran Kecantikan & Kesihatan Beautopia 2024, layari https://www.watsons.com.my/watsons-beautopia.
Watsons ialah peneraju O+O (Offline plus Online) peruncit kesihatan dan kecantikan di Asia dengan 8,000 kedai beroperasi ketika ini dan lebih 1,500 farmasi di 15 pasaran Asia, Eropah dan Timur Tengah.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial