AM

Premier Sarawak Dahului 1,376 Penerima Darjah Kebesaran Sabah

05/10/2024 12:55 AM

KOTA KINABALU, 4 Okt (Bernama) -- Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendahului senarai 1,376 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan Sabah sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-71 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, esok.

Abang Johari merupakan antara empat penerima Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) iaitu darjah kebesaran tertinggi Sabah yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Turut menerima penganugerahan darjah kebesaran SPDK ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Christina Liew, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan ahli perniagaan Datuk Kumar Prabakaran.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri Peto Galim dan Pembantu Menteri Kewangan negeri Tan Lee Fatt antara 87 orang yang dianugerahkan darjah kebesaran kedua tertinggi negeri iaitu Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.

Penerima lain termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan Rina Jainal, ADUN Tanjong Kapor Chong Chen Bin, ADUN Banggi Mohammad Mohamarin dan ADUN Dilantik Dr Aliakbar Gulasan.

Selain itu, antara penerima PGDK termasuk Panglima 5 Briged Brig Jen Mohd Zamri Abdullah, Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Dasar Sumber) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman SAC Saiman Kasran dan Ketua JPJKK Kontinjen Sabah SAC Mohd Azhar Hamin.

Turut menerima PGDK Ketua Hakim Syarie Sabah Ahadin Arinen, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Josie Lai Mei Sing, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat negeri Maria Chong dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah Philemon Lajawai.

Timbalan Presiden Persatuan Lundayeh Sabah Willie Tadam, Pengerusi Majlis Wanita Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Joanna Kitingan dan Naib Canselor University College Sabah Foundation (UCSF) Dr Rafiq Idris juga menerima PGDK.

Pengamal media Sabah turut menjadi antara penerima PGDK iaitu Ketua Pengarang The Borneo Post Sabah Datuk Chiew Nai Wen dan Penulis Berita Kanan The Star Philip Golingai manakala Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Jainisah Mohd Noor antara 116 penerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK).

Sementara itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri II Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Datuk Kassim Mansor merupakan antara 10 penerima Jaksa Pendamai (JP).

Ahli Darjah Kinabalu (ADK) pula menyaksikan seramai 274 penerima, 320 menerima Bintang Setia Kinabalu (BSK), 421 menerima Bintang Kinabalu (BK) dan seramai 144 menerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan