KUALA LUMPUR, Oct 10 (Bernama) -- Sapura Resources Bhd melantik Reza Abdul Rahim sebagai pengarah eksekutif dan pemangku pengarah urusannya berkuat kuasa hari ini.
Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata Reza akan memikul tugas dan tanggungjawab pengarah urusan buat sementara waktu.
“Dengan pelantikan ini, ketua pegawai korporat Mai Eliza Mior Mohamad Zubir tidak lagi akan menjadi pegawai yang bertanggungjawab syarikat itu berkuat kuasa 10 Okt,” katanya.
Sapura Resources berkata pengumuman selanjutnya akan dibuat sekiranya terdapat perkembangan terbaharu mengenai perkara itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial