JENAYAH & MAHKAMAH

Lori Tangki Minyak Terbalik Di Lebuhraya KL-Karak, Guna Laluan Alternatif

11/10/2024 07:21 PM

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Sebuah lori tangki minyak terbabas dan terbalik di KM27.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dari Genting Sempah menghala ke Plaza Tol Gombak, kira-kira pukul 5.30 petang tadi.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan semua lorong di laluan itu ketika ini masih terhalang akibat kemalangan tersebut dan menasihatkan pengguna jalan raya untuk menggunakan laluan alternatif.

“Kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain dan setakat ini, pihak lebuh raya telah melencongkan kenderaan lain supaya keluar ke persimpangan Genting Sempah dan menggunakan Jalan Gombak lama,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Selain itu, jurucakap LLM memaklumkan pihak lebuh raya turut membuat median opening bagi kenderaan yang terperangkap dalam kesesakan itu, bagi membolehkan membuat pusingan ‘U’ di KM28.4 untuk berpatah balik menghala ke Genting Sempah dan keluar daripada lebuh raya terbabit.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan