JENAYAH & MAHKAMAH

Pemandu Maut Lori Tangki Terbalik Di Lebuh Raya KL-Karak

12/10/2024 09:20 AM

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) – Seorang pemandu lori tangki maut selepas kenderaan membawa muatan minyak sawit dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di Kilometer 27.9 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala ke ibu negara, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata lelaki warga tempatan berusia 45 tahun itu dalam perjalanan ke Klang, Selangor dari Lipis, Pahang. 

"Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Selayang. 

"Kejadian dipercayai berpunca daripada keadaan permukaan jalan yang licin dan basah," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Noor Ariffin berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada 5.45 petang semalam dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Selayang.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohd Rohaizad Hashim di 012-2924420 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di 03-61262222.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan