AM

Agong, Raja Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran Kepada Wan Junaidi

12/10/2024 12:26 PM

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran Rasmi kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Sambutan Ulang Tahun Kelahiran ke-78 Wan Junaidi merupakan sambutan pertama beliau selepas mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 29 Jan 2024.

Wan Junaidi mengangkat sumpah jawatan bagi tempoh empat tahun, menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang menyandang jawatan itu selama tiga penggal bermula 1 Mac 2014.

Sarawak meraikan sambutan ulang tahun itu selama tiga hari bermula Khamis (10 Okt), dengan penganjuran tujuh acara utama antaranya majlis kesyukuran, majlis jamuan negeri, Istiadat Perbarisan dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan