SUKAN

Syed Saddiq Cedera Terlanggar Dahan Pokok Tumbang Ketika Sertai Ironman Malaysia

12/10/2024 07:51 PM

LANGKAWI, 12 Okt (Bernama) -- Ahli Parlimen Muar yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengalami kecederaan selepas basikal ditunggangnya dipercayai terlanggar dahan pokok tumbang semasa menyertai Kejohanan Ironman Malaysia di Langkawi yang sedang berlangsung hari ini.

Dipercayai kejadian berlaku semasa Syed Saddiq sedang melakukan disiplin berbasikal ketika hujan.

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan setakat ini Syed Saddiq sedang berkayuh ke ‘titik semak’ akhir untuk acara seterusnya iaitu larian.

Pada Khamis lepas, Syed Saddiq berkata kepada Bernama, ini adalah penyertaan sulungnya dalam Ironman Malaysia dan berazam untuk melakukan catatan masa yang baik untuk dirinya.

Dalam kejohanan ini, beliau perlu menghabiskan tiga disiplin iaitu berenang sejauh 3.8 kilometer (km), berbasikal 180km dan larian 42.2km.

Difahamkan Syed Saddiq bakal tiba di garisan penamat pada 8.51 malam nanti selepas menghabiskan disiplin larian.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan