DUNIA

Hampir Separuh Pusat Kesihatan Asas Di Kawasan Konflik Lubnan Ditutup, Lapor WHO

12/10/2024 11:01 PM

MOSCOW, 12 Okt (Bernama-Sputnik) -- Sebanyak 100 daripada 207 pusat kesihatan asas di kawasan konflik di Lubnan ditutup sementara jumlah mangsa yang cedera terus meningkat, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Sabtu, lapor Sputnik.

"Daripada 207 pusat kesihatan asas di kawasan konflik di #Lubnan, 100 kini ditutup disebabkan peningkatan keganasan. Lima hospital telah ditutup akibat kerosakan struktur susulan serangan," catatnya di platform X.

Sekurang-kurangnya 100 orang terbunuh dalam serangan terhadap kemudahan perubatan, tambahnya.

"Jumlah individu yang cedera semakin meningkat. Sistem kesihatan bergelut untuk menampungnya kerana kekurangan sumber manusia dan kapasiti. Kami menyeru perlindungan segera ke atas pesakit dan pekerja kesihatan. Kami menyeru untuk keamanan," kata Tedros.

Sejak 1 Oktober, Israel menjalankan operasi darat terhadap Hizbullah di selatan Lubnan. Jumlah korban akibat serangan Israel melebihi 2,000 orang.

-- BERNAMA-SPUTNIK

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan