AM

Ahmad Zahid Nasihat Orang Ramai Waspada Situasi Banjir, Patuhi Arahan

14/10/2024 11:25 AM

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengambil tahu perkembangan semasa banjir di beberapa negeri.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata semua pihak perlu mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga.

"Utamakan keselamatan dan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan jika berlaku sebarang kecemasan," katanya dalam hantaran menerusi Facebook hari ini.

Beliau memaklumkan setakat 6 pagi tadi, Pahang menjadi negeri terbaharu terjejas banjir.

Sebarang maklumat terkini mengenai kejadian bencana di seluruh negara, katanya boleh didapati melalui portal rasmi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/laporan

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan