AM

Garis Panduan Pemasangan Solar, Pusat Data Tumpuan IFCEM 2024

15/10/2024 08:42 PM

PUTRAJAYA, 15 Okt (Bernama) -- Garis panduan  pemasangan solar dan pusat data antara fokus utama Persidangan dan Pameran Kebakaran Antarabangsa Malaysia (IFCEM) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 Okt ini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad berkata IFCEM 2024 akan dihadiri pakar dan profesional dari pelbagai negara dalam bidang keselamatan kebakaran dan pengurusan bencana.

“Solar yang letak atas bumbung rumah atau bangunan itu, kita tengok bagaimana kawalan dibuat antara negara-negara lain.

“Ia supaya dapat kita kongsi dan dapat keluarkan satu peraturan atau mungkin garis panduan yang sedia ada kita tambah baik supaya dia agak seragam dalam kalangan negara-negara Asia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan kenderaan rasmi Proton kepada JBPM sempena IFCEM 2024 di sini hari ini.

Nor Hisham berkata menerusi IFCEM 2024, tumpuan turut diberikan kepada perkongsian mengenai amalan terbaik dalam pusat data dan kenderaan elektrik (EV) di luar negara.

Beliau berkata IFCEM 2024 menghimpunkan ketua-ketua bomba di Asia dan Oceania selain mempromosikan kajian teknik serta langkah untuk melindungi nyawa dan harta benda daripada kebakaran.

“Dari segi pempamer juga, ia merekodkan sejarah terbaik bagi pihak jabatan iaitu kita dapat capai sebanyak 143 pempamer,” katanya.

Pada majlis itu, Nor Hisham mewakili JBPM menerima 30 buah kereta Proton X90 dan X70 bagi kegunaan sepanjang IFCEM 2024 daripada Naib Presiden, Modal Insan dan Pentadbir Proton Amran Mohd Tomin.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan