AM

SPAN Bangunkan Pelan Strategik Tangani Rasuah Dalam Industri Perkhidmatan Air

16/10/2024 10:13 AM

PUTRAJAYA, 16 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan bekerjasama dengan pihak berkepakaran untuk membangunkan satu pelan strategik khusus berkaitan tatakelola dan antirasuah industri perkhidmatan air.

SPAN dalam kenyataan memaklumkan pelan strategik itu akan merangkumi pendekatan yang bersesuaian untuk meneliti amalan, sistem atau tatacara terbaik agar industri perkhidmatan air di Malaysia bebas daripada amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. 

Menurut SPAN, pelan itu antara lain memberikan fokus ke atas proses perolehan yang telus dan terbuka serta pemantapan pengawalseliaan program tanggungjawab sosial korporat yang dijalankan oleh pemegang lesen.

"SPAN komited untuk memastikan tindakan tegas diambil berdasarkan akta dan bidang kuasanya ke atas mana-mana individu atau organisasi yang disyaki melakukan sebarang ketidakpatuhan di bawah Akta 655 (Akta Industri Perkhidmatan Air 2006) atau sebarang ketidakpatuhan peraturan semasa yang ditetapkan SPAN.

"SPAN mengamalkan 'Toleransi Sifar' terhadap amalan rasuah serta salah guna kuasa dalam industri air," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan