EKONOMI

Allianz Life Lanjutkan Perlindungan Untuk Rider Penyakit Kritikal

16/10/2024 03:40 PM

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Allianz Life Insurance Malaysia Bhd melancarkan kempen Perlindungan untuk Pelbagai Tuntutan Penyakit Kritikal (CI) Percuma, yang menyediakan pelanggan dengan jaring keselamatan penting bukan sahaja untuk diagnosis CI pertama mereka tetapi juga untuk diagnosis di masa hadapan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Allianz Life berkata syarikat itu kini menawarkan perlindungan yang melangkaui hanya satu tuntutan penyakit kritikal, memastikan pelanggan kekal dilindungi apabila mereka amat memerlukannya untuk meringankan beban pelanggannya.

“Tidak seperti rider CI konvensional yang menghentikan perlindungan selepas tuntutan penuh dibuat, perlindungan percuma Allianz Life melindungi pelanggan daripada diagnosis masa depan, memberikan ketenangan fikiran yang sebenar untuk mereka dan keluarga mereka.

"Perlindungan yang dipertingkatkan ini mencerminkan komitmen berterusan syarikat untuk menyampaikan penyelesaian insurans inovatif yang mengutamakan kesejahteraan jangka panjang pelanggan," katanya.

Syarikat itu menyatakan manfaat di bawah kempen berkenaan termasuk perlindungan untuk pelbagai diagnosis, yang membolehkan pelanggan terus menerima sokongan kewangan untuk diagnosis penyakit kritikal baharu walaupun selepas pembayaran penuh telah dibuat untuk rider penyakit kritikal mereka.

Ia menambah apabila pelanggan membeli Allianz UltimateLink dengan rider CI seperti Prime Care+ atau HealthCover Plus, mereka layak mendapat perlindungan penyakit kritikal percuma, menawarkan sehingga 320 peratus daripada jumlah yang diinsuranskan merentas pelbagai tuntutan.

"Prime Care+ menawarkan pembayaran 20 peratus untuk CI peringkat awal atau angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari dan sehingga 300 peratus untuk CI peringkat lanjutan," katanya.

Sementara itu, HealthCover Plus menyediakan sehingga 300 peratus perlindungan untuk CI peringkat lanjutan.

Allianz Life juga berkata untuk kempen tersebut, tuntutan boleh dibuat sehingga polisi matang dengan pelanggan mempunyai fleksibiliti untuk menuntut beberapa kali, memastikan perlindungan kekal utuh sepanjang tempoh polisi.

Ia berkata untuk layak mendapat manfaat-manfaat tersebut, pelanggan mesti membeli Allianz UltimateLink dengan rider CI, Prime Care+ atau HealthCover Plus mulai sekarang hingga 30 Nov, 2024.

Selain itu, Allianz Life ingin memberi ganjaran kepada pelanggan yang mengambil langkah proaktif ke arah keselamatan kesihatan.

"Peraduan Allianz iWant membolehkan pelanggan berpeluang memenangi salah satu daripada tiga peranti iPhone 16 serba baharu, bersama-sama 300 PIN Muat Semula eWallet Touch ‘n Go RM150," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya Charles Ong berkata Perlindungan untuk Pelbagai Tuntutan CI Percuma membolehkan pelanggan memberi tumpuan kepada pemulihan mereka tanpa bimbang tentang kehilangan jaring keselamatan kewangan mereka selepas tuntutan pertama mereka.

"Kami percaya dalam melindungi pelanggan kami, ia bukan hanya sekali sahaja, tetapi ia bagi sepanjang perjalanan hidup mereka,” katanya.

-- BERNAMA

 

(Penafian: Ini merupakan advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab untuk kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel ini.)

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan