AM

Op Carilamat Nelayan Hilang Di Perairan Kemaman Diperluas

17/10/2024 03:55 PM

CHUKAI, 17 Okt (Bernama) --  Operasi Mencari dan Menyelamat (Op Carilamat) tiga nelayan yang dikhuatiri hilang di laut selepas keluar menangkap ikan Ahad lepas diperluas ke kawasan hingga 840 batu nautika persegi berbanding 30 batu nautika persegi pada petang semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Kemaman Muhammad Faisal Abdul Rahim berkata operasi yang bermula lapan pagi itu turut dibantu sebuah pesawat udara bombadier selain dua bot.

Beliau berkata sektor pencarian diperluas sehingga ke perairan Kerteh dan Kuantan, Pahang oleh 25 anggota penyelamat daripada beberapa agensi termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

"Operasi yang dijalankan bermula 2.50 petang semalam gagal menemukan tiga mangsa yang menaiki bot nelayan jenis A.

"Oleh itu, kita memperluas pencarian hingga ke 840 batu nautika persegi meliputi laut dan udara. Kita harap usaha mencari tiga nelayan akan berhasil hari ini," katanya ketika ditemui hari ini.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan