DUNIA

Pesawat Bantuan Kelima Arab Saudi Tiba Di Beirut

17/10/2024 09:13 PM

BEIRUT, 17 Okt (Bernama-SPA) -- Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) menghantar pesawat bantuan kelima ke Lubnan pada Khamis, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Pesawat itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut dengan membawa bekalan penting seperti makanan, barangan perlindungan, dan bantuan perubatan bagi membantu rakyat Lubnan yang terjejas akibat krisis.

Inisiatif kemanusiaan itu adalah selaras dengan perintah Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota serta Perdana Menteri, Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud.

Bantuan itu adalah sebahagian daripada peranan kemanusiaan Kerajaan Arab Saudi dalam mendokong rakyat Lubnan semasa menghadapi pelbagai krisis.

-- BERNAMA-SPA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan