KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) – Anggaran Belanjawan 2025 adalah yang tertinggi pernah diumumkan iaitu RM421 bilion meliputi RM335 bilion belanja mengurus, RM86 bilion belanja pembangunan, tidak termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan terus mengekalkan belanjawan mengembang meskipun bertekad mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat.
“Selain peruntukan pembangunan oleh kerajaan, projek secara usaha sama awam-swasta (PFI) bernilai RM9 bilion turut dilaksanakan serta pelaburan langsung domestik oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) berniIai RM25 bilion,” kata beliau ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata ini menjadikan pelaburan awam untuk pembangunan tahun 2025 berjumlah RM120 bilion.
Dalam pada itu, beliau berkata sekarang bukan masanya untuk melaksanakan projek mega.
“Pembangunan negara akan menumpukan kepada projek-projek berkepentingan rakyat serta kemudahan yang menyokong kawasan perindustrian mengikut keutamaan negeri,” kata beliau.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial