AM

Jamuan Deepavali Melaka 2024 Di Padang Nyiru Ahad Ini

21/10/2024 07:32 PM

MELAKA, 21 Okt (Bernama) -- Jamuan Deepavali Melaka 2024 akan dianjurkan di Padang Nyiru berhampiran Little India di sini Ahad ini, kata Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Datuk VP Shanmugam.

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa penganjur sambutan itu berkata majlis bermula pukul 7.30 malam yang akan dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh itu bakal menampilkan pelbagai juadah tradisi masyarakat India, dengan lebih 2,000 orang dijangka hadir, termasuk pelancong asing.

“Jamuan ini pertama kali dianjurkan di kawasan Zon Bebas Kenderaan dan pengunjung akan turut dihiburkan dengan pelbagai acara kesenian termasuk persembahan artis antaranya Zubir Khan," katanya kepada pemberita selepas Program Bantuan Pakaian Baharu Deepavali kepada Murid Kurang Berkemampuan di Little India di sini hari ini.

Merujuk kepada program hari ini Shanmugan berkata bantuan itu yang melibatkan peruntukan RM20,000 bertujuan meringankan beban ibu bapa kurang berkemampuan selain diharapkan dapat memberi kegembiraan kepada murid berkenaan untuk menyambut Deepavali dengan pakaian baharu.

Seorang murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Diamond Jubilee, Jasin, A. Yoshini, 11, berkata dia teruja untuk memilih baju ‘lehenga’ yang menjadi antara pakaian kesukaannya pada Deepavali.

"Ibu ada belikan saya sehelai baju raya sebelum ini dan hari ini dapat satu lagi, memang gembira. Terima kasih kepada yang memberi," kata anak bongsu daripada dua beradik itu.

Program bantuan itu menyaksikan 75 murid daripada 21 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di sekitar negeri Melaka dibawa membeli pakaian baharu sempena sambutan Deepavali itu pada akhir bulan ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan