KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Keadaan banjir di Perak dan Selangor semakin pulih, dengan jumlah mangsa menurun kepada 465 orang setakat 9 pagi, berbanding 498 petang semalam.
Menurut Laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di PERAK seramai 354 mangsa daripada 102 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah melibatkan Hilir Perak, Perak Tengah dan Kerian.
Di SELANGOR, seramai 111 mangsa daripada 41 keluarga ditempatkan di tiga PPS yang beroperasi di dua daerah iaitu Sabak Bernam dan Kuala Selangor.
Sementara itu, laman sesawang Public Infobanjir memaklumkan dua sungai di Sarawak berada pada paras bahaya, termasuk stesen Marudi dan Sungai Dausan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial