DUNIA

Malaysia Lancar Logo Dan Tema Selaku Pengerusi ASEAN 2025

22/10/2024 04:06 PM

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Malaysia dijadual melancarkan logo dan tema bagi Kepengerusian ASEAN pada Selasa, sebagai persediaan negara untuk memimpin kumpulan serantau yang terdiri daripada 10 anggota itu pada 2025.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan melancarkan logo dan tema itu dalam satu majlis di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya.

Pada 11 Okt lalu, Laos secara rasmi menyerahkan jawatan Pengerusi ASEAN kepada Malaysia semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 di Vientiane.

Pada majlis itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima tukul simbolik Pengerusi ASEAN daripada rakan sejawatnya dari Laos, Sonexay Siphandone.

Anwar menekankan bahawa Malaysia akan menerajui lembaran baharu di bawah "Visi Komuniti ASEAN 2045" yang menggariskan hala tuju masa depan bersama blok itu untuk dua dekad akan datang.

Beliau turut menggariskan kepentingan penyertaan Timor-Leste dalam ASEAN, dengan menyatakan bahawa keanggotaan negara itu bukan sahaja akan meningkatkan potensi ekonomi ASEAN tetapi juga menyumbang kepada merealisasikan wawasan jangka panjang kumpulan itu.

Malaysia sebelum ini pernah memegang jawatan Pengerusi ASEAN sebanyak empat kali iaitu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

-- BERNAMA
 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan