AM

MDIO ATM, Media Kukuh Kerjasama Sebar Naratif Tingkat Pertahanan Negara

23/10/2024 04:39 PM

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Malaysia Defence Intelligence Organisation (MDIO) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kerjasama dengan media untuk menyebarkan naratif dan ideologi kepada rakyat mengenai kepentingan dalam mempertahankan negara.

Ketua Cawangan Gerak Saraf dan Perang Saraf (GSPS) Kolonel Mohd Hazri Ahmad berkata semua agensi media adalah rakan strategik yang dapat membantu ATM menyebarkan maklumat dalam isu pertahanan terutama di kawasan strategik negara seperti sempadan daratan dan maritim serta lokasi ATM melaksanakan operasi. 

Beliau berkata MDIO adalah unit di bawah ATM yang merancang dan melaksanakan tindakan gerak saraf khususnya dalam meningkatkan keupayaan pertahanan melalui konteks membina keyakinan masyarakat selain mewujudkan hubungan akrab antara rakyat dan kerajaan.

"Kita mempromosikan kebersamaan (rakyat dan kerajaan) dan meningkatkan semangat patriotisme di semua peringkat termasuk di kawasan bandar dan luar bandar untuk bersama-sama membantu ATM dan agensi kerajaan lain dalam meningkatkan keupayaan mempertahankan negara. 

"Selain itu, keupayaan kita membina ideologi kenegaraan kerana aspek ini penting untuk pencegahan kepada penyebaranan ideologi atau kefahaman yang boleh memudaratkan pertahanan negara," katanya selepas Pertandingan Menembak MDIO Bersama Media 2024 di Kem Sungai Besi di sini hari ini.

Turut hadir Editor Eksekutif (Perkhidmatan Berita) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Mohd Haikal Mohd Isa. 

Terdahulu, sebanyak 20 pengamal media menyertai pertandingan menambak itu dengan Media Prima Berhad muncul juara keseluruhan manakala Bernama di tempat kedua. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan