AM

Banjir Di Selangor Pulih Sepenuhnya

23/10/2024 06:10 PM

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) --  Keadaan banjir di Selangor pulih sepenuhnya apabila semua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu ditutup petang ini manakala jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Perak berkurangan.

Di Selangor, banjir pulih sepenuhnya selepas dua PPS di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam yang menempatkan 25 orang daripada lapan keluarga pada sebelah pagi ditutup 4 petang tadi. 

Di PERAK pula, jumlah mangsa yang dipindahkan di PPS berkurang kepada 221 orang daripada 60 keluarga berbanding  286 orang daripada 78 keluarga pagi tadi. 

Kesemua mangsa masih berlindung di empat PPS iaitu dua PPS di daerah Hilir Perak yang menempatkan 151 mangsa daripada 41 keluarga, Kerian (36 mangsa, 11 keluarga) dan Perak Tengah (34 mangsa, lapan keluarga).

Sementara itu, di SARAWAK, PPS Dewan Serbaguna Kampung Tringgus Bong, Kuching yang sebelum ini menempatkan 12 mangsa daripada tiga keluarga yang terlibat dalam kebakaran turut ditutup. 

Hanya PPS di Dewan Masyarakat Roban, Betong masih dibuka untuk menempatkan 48 mangsa daripada 13 keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan