AM

Banjir Di Perak Semakin Pulih Pagi Ini

24/10/2024 08:50 AM

IPOH, 24 Okt (Bernama) -- Situasi banjir di Perak menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa di tempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Hilir Perak dan Perak Tengah semakin berkurangan pagi ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, sebanyak 137 orang daripada 36 keluarga masih ditempatkan berbanding 146 orang daripada 38 keluarga malam tadi.

"Di daerah Hilir Perak, 47 orang daripada 14 keluarga berlindung di PPS Dewan MPTI Langkap manakala 61 orang daripada 15 keluarga masih berlindung di Dewan Serbaguna Chikus sejak seminggu lepas.

"Sebanyak 29 mangsa daripada tujuh keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Dato' Sagor di daerah Perak Tengah," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini meramalkan cuaca cerah dan baik dari pagi hingga malam di 12 daerah di Perak.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan