JENAYAH & MAHKAMAH

Pelajar Universiti Disyaki Tipu NGO, Orang Awam Direman

24/10/2024 11:10 AM

JITRA, 24 Okt (Bernama) -- Seorang pelajar lelaki sebuah universiti direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan orang awam dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Perintah reman terhadap pelajar berusia 23 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurul Huda Idris di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Semalam, wakil NGO dari Pulau Pinang Eng Hiap Boon mendakwa lebih 20 NGO di seluruh negara sudah menjadi mangsa penipuan pelajar itu namun tidak melaporkannya kerana pelajar itu mengugut untuk membunuh diri.

Difahamkan modus operandi pelajar terbabit adalah dengan memohon bantuan kewangan daripada NGO mahupun individu dengan mereka-reka cerita antaranya dia diugut ah long dan memerlukan bantuan untuk perubatan, selain menipu perlu membayar yuran pengajian universiti.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Rodzi Abu Hassan mengesahkan penahanan pelajar lelaki itu kira-kira 4 petang semalam ketika dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan