AM

Satu PPS Dibuka, Tempatkan 18 Mangsa Ribut Petir, Hujan Batu Di Chukai

24/10/2024 12:21 PM

KUALA NERUS, 24 Okt (Bernama) -- Seramai 18 mangsa kejadian ribut petir dan hujan air batu di bandar Chukai, Kemaman dan kawasan sekitarnya semalam, ditempatkan pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Sivik Kampung Gong Pauh. 

Pengerusi Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Terengganu Maliaman Kassim berkata mereka terdiri daripada lapan lelaki, enam wanita dan empat kanak-kanak daripada tujuh keluarga.

Beliau berkata semalam mereka menerima bantuan makanan yang disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kemaman, manakala hari ini difahamkam bantuan makanan akan diuruskan oleh badan bukan kerajaan (NGO).

“Kesemua mereka berada dalam keadaan baik dan selamat, manakala seorang lelaki yang patah kaki kanan akibat dihempap runtuhan pondok di Pantai Mak Nik kini dirawat di Hospital Kemaman,” katanya ketika ditemui pada program Fly To KL Bersama Anak Yatim Terengganu di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, di sini hari ini. 

Semalam, Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata bandar Chukai dan kawasan dalam radius tiga kilometer di sekitarnya terjejas ribut petir dan hujan air batu sehingga menyebabkan kerosakan infrastruktur termasuk kediaman dan sekolah selain turut menyebabkan seorang lelaki cedera dihempap runtuhan pondok.

Difahamkan lebih 200 rumah sekitar kawasan berkenaan mengalami kerosakan akibat kejadian.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan