JENAYAH & MAHKAMAH

Dua Kanak-kanak Ditemukan Lemas Di Tanjong Karang

26/10/2024 11:01 AM

SHAH ALAM, 26 Okt (Bernama) -- Dua beradik ditemukan lemas dipercayai selepas terjatuh ke dalam parit ketika bermain berdekatan kawasan itu di sebuah kampung di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang semalam. 

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Azharudin Tajuddin berkata kehilangan kedua-dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan sembilan tahun itu disedari keluarga kira-kira 6.50 petang sebelum dijumpai bapa mereka tiga jam kemudian dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Tanjong Karang dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat lemas," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi pegawai penyiasat kes Sub Inspektor Che Abdul Hamid di talian 03-32698222.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan