DUNIA

China Serah Strategi Dan Pelan Tindakan Biodiversiti Nasional Kepada COP16

28/10/2024 02:29 PM

BEIJING, 28 Okt (Bernama-CMG) -- China telah menyerahkan Strategi dan Pelan Tindakan Biodiversiti Nasional (NBSAP) kepada mesyuarat ke-16 Persidangan Pihak-Pihak (COP16) Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang sedang diadakan di Cali, Columbia pada mutakhir ini.

Sebagai negara pengerusi COP15, China telah menganjurkan beberapa dialog global mengenai perlindungan biodiversiti untuk menyelaraskan pendirian pelbagai pihak.

Kerangka Biodiversiti Global Kunming-Montreal yang diluluskan lebih 190 negara pada Disember 2022 menjadi antara beberapa sahaja perjanjian yang dicapai di bawah rangka CBD, dan juga antara perjanjian terpenting setakat ini.

Pada Januari 2024, China mengeluarkan Strategi dan Pelan Tindakan Perlindungan Biodiversiti China yang dikemas kini, mengemukakan matlamat 2030 dan 2035 tentang perlindungan biodiversiti negara Tembok Besar ini.

Menteri Ekologi dan Alam Sekitar China Huang Runqiu menjelaskan bahawa wawasan yang diketengahkan dalam domumen itu adalah membina "China yang Indah" yang berteraskan keharmonian antara manusia dan alam.

Sementara itu, China menjadi negara ketujuh yang memperkenalkan strategi dan pelan tindakan versi baharu selepas COP15, dan juga negara membangun pertama yang menyelesaikan pengemaskinian strategi dan pelan tindakan terbabit.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan