KUCHING, 3 Nov (Bernama) -- Melaksanakan aktiviti di peringkat lokaliti mampu mendidik pemimpin baru terutamanya golongan wanita, untuk menunjukkan kebolehan mengelolakan acara sukan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata dengan pembudayaan sukan juga boleh meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental masyarakat.
Beliau berkata aktiviti itu juga dapat membantu mengenal pasti bakat sukan, meningkatkan produktiviti, menjana kesejahteraan dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan warga kita.
“Kehidupan yang sihat dengan bersukan dan pemakanan yang betul akan mampu menurunkan kadar penyakit kronik dalam kalangan wanita dan seterusnya meningkatkan jangka hayat rakyat Sarawak pada masa akan datang,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Sports League 2024 di Politeknik Kuching di sini, hari ini.
Nancy berkata penganjuran Program P.193 Santubong Sports League 2024, merupakan usaha berterusan pihak Pusat Khidmat Rakyat P.193 Santubong, untuk menggalakkan rakyat mengamalkan budaya hidup sihat cergas dan aktif.
“Selain itu, melalui program ini juga, diharap akan dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat dengan beriadah bersama rakan dan keluarga.
“Perpaduan kaum akan tercapai sekiranya kita mencapai kata sepakat dan saling menghormati antara satu sama lain. Sukan satu wadah penghubung yang baik mencapai perpaduan antara kaum,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial