SEPANG, 3 Nov (Bernama) -- Pelumba Red Bull KTM Ajo Celestino Vietti memperoleh gelaran ketiga musim ini, selepas dinobatkan sebagai juara kelas Moto2 pada MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), di sini hari ini.
Pelumba berusia 23 tahun yang bermula dari petak ketiga itu, mengekalkan momentum sebelum memecut jenteranya untuk menjadi pelumba pertama melepasi garisan penamat, dengan mencatat masa 36 minit 06.629 saat.
Ini kemenangan ketiga Vietti musim ini, selepas mengungguli MotoGP Austria dan Emilia Romagna.
Vietti menamatkan perlumbaan di hadapan Jorge Navarro daripada OnlyFans American Racing Team, yang meraih tempat kedua (+1.486 saat), manakala pelumba CFMOTO Aspar Team Izan Guevara ketiga (+3.265 saat).
Sementara itu, hari ini merupakan satu lagi perlumbaan mengecewakan bagi pelumba Malaysia yang beraksi menerusi tiket peluang khas Muhammad Helmi Azman daripada Petronas MIE Racing RW.
Bermula dari petak ke-29, Muhammad Helmi bekerja keras untuk memberikan cabaran sebelum akhirnya menamatkan saingan di tempat ke-23, melepasi garisan penamat dengan catatan masa +49.239 saat di belakang Vietti.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial