AM

Raja Permaisuri Agong Tiba Di Labuan Untuk Lawatan Rasmi

05/11/2024 02:27 PM

LABUAN, 5 Nov (Bernama) -- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke pusat kewangan dan perniagaan antarabangsa negara di sini hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di Lapangan Terbang Labuan sekitar 12.08 tengah hari disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Dalam lawatan Seri Paduka Baginda buat julung kalinya ini, Raja Zarith Sofiah dijadual melawat Kolej Matrikulasi Labuan (LMC), dan berinteraksi dengan para pelajar serta pendidik di kolej berkenaan.

Seri Paduka Baginda kemudiannya dijadual menghadiri Pameran Kraf Tangan di Dewan Komuniti Kampung Sungai Lada, yang akan menampilkan pelbagai kemahiran tukang kraf tempatan dan kraf tradisional.

Esok pula Raja Permaisuri Agong dijadual menghadiri Majlis Pengurniaan Sumbangan bersama masyarakat di Kompleks Darul Kifayah, yang mencerminkan komitmen Seri Paduka Baginda terhadap kesejahteraan komuniti setempat dan inisiatif kebajikan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan