AM

Jualan Rahmah Akan Diperbanyak Termasuk Di Kawasan Berisiko Banjir - Armizan 

06/11/2024 05:37 PM

PETALING JAYA, 6 Nov (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperbanyak program Jualan Rahmah termasuk di kawasan berisiko banjir.

Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata langkah itu bagi memastikan masyarakat khususnya mereka yang terjejas dengan banjir mendapat barangan keperluan asas mencukupi pada harga berpatutan.

“Sebagai langkah tambahan, kita (KPDN) juga telah melantik Peruncit Daerah Terpilih dan Pemborong Daerah Terpilih di kawasan yang berisiko terkesan banjir bagi memastikan bekalan barangan mencukupi dan dapat diakses oleh rakyat.

“Selain itu, pegawai-pegawai KPDN juga berada di lapangan untuk memantau harga 480 jenis barangan setiap hari kerana kita tahu bahawa harga ini terkait dengan aspek penawaran dan permintaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Pendidikan dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MylPO) di sini hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) baru-baru memaklumkan musim tengkujuh di negara ini dijangka berterusan hingga Mac depan dan membawa antara lima hingga tujuh episod hujan lebat.

-- BERNAMA 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan